Pengikut

Khamis, 24 Mac 2011

Daging goreng black paper

Nape ntah skg ni, aku asyik nak masak jer..ari ni aku ngidam nak makan daging goreng black paper pulak. Tapi tak sempat nak masak so story kat sini jer ar..huhu3.
bahan-bahan:
  • 1 kg daging dihiris nipis(elok daging batang pinang)
  • bawang besar 2 biji(potong bulat)
  • 2 biji lada besar(dihiris serong)
  • lada hitam(tumbuk bagi hancur)
  • 1 mangkuk kecil sos tiram
  • sedikit cuka
  • 1 sudu teh tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
  • garam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
Cara memasak:
  • Perap daging dengan serbuk kunyit, cuka dan garam selama 15minit. Bertujuan untuk empukkan daging tersebut.
  • Kemudian gorengkan daging tadi ke dalam minyak yang betul-betul panas sehingga hampir garing.
  • Tumiskan lada dan bawang besar di dalam kuali. Masukkan sos tiram dan air tepung jagung dalam tumisan tadi.
  • Kemudian masukkan daging yang telah siap digoreng beserta lada hitam dan tambah sedikit garam. Kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
  • Siap sedia untuk dijamukan.
selamat mencuba secret resepi ayu!
                                                
                                                                                               Photo Cube Generator


Tiada ulasan:

Catat Ulasan