Pengikut

Rabu, 1 Jun 2011

hidup

apa yang dinamakan hidup?perlukah mencari simpati orang utk hidup?kalo dh bkeluarga,sape yg perlu btgungjawab dalam memimpin keluarga?mana tgungjawab suami utk mencari dan mengisi keperluan keluarga?!eloknya sebelum nikah pikir dulu  tgungjawab yg perlu dipikul,jgn main balun jer!

Photo Cube Generator

Sabtu, 16 April 2011

Belt Polka Dot

saiz: fleksible
warna: pink, biru,hitam dan merah(basic putih)
harga: rm25 termasuk wang pos

Photo Cube Generator

Habis tanggungjawab

15 April 2011..tarikh keramat aku meninggalkan jawatan MTM SESI 2010/2011, setelah setahun aku memegang jawatan ini dan tgjawab ini.
Inilah gambo kenangan terakhir di majlis MALAM JASAMUA DIKENANG..

Ahad, 10 April 2011

Bakal Mantan

Sedar tak sedar dh hampir setahun aku menjaga blok BIJAKSANA..as a KETUA BLOK BIJAKSANA. Rasa macam baru saja mendapat mandat dr pihak kolej utk menjadi wakil MTM KOLEJ PENDETA ZA BA. Namun, aku harus sedar bahawa masa itu sering berputar jarum detiknya. Insyallah blok bijaksana akan terus mantap dengan penampilan pemimpin baru yang mungkin lebih berwibawa dan lebih mantap dari aku insan yang lemah dan banyak kekurangan.
Walaupun malam meraikan hari terakhir aku bergelar ketua blok dan final year, tak ramai turun especially dak2 cina blok aku yg x nampak langsung muke korg!terima kasih semua..aku mmg terhibur dan terharu. Jikalau aku ade membuat banyak kesilapan sepanjang aku menjaga korang di blok ni, aku mintak maaf tp serius aku kate aku terasa sgt bile dak2 cina x turun masa majlis malam polka night..x pe ar mybe korg ade agenda sendiri.
Kepada bakal pemimpin Blok Bijaksana, ko mesti kuat dan pedulikan apa org kata, asalkan keputusan yg diamek tu betol dan mendapat sokongan dr audiens. Selamat tinggal Bijaksana. I love U BIJAKSANA!



Photo Cube Generator

Khamis, 24 Mac 2011

Daging goreng black paper

Nape ntah skg ni, aku asyik nak masak jer..ari ni aku ngidam nak makan daging goreng black paper pulak. Tapi tak sempat nak masak so story kat sini jer ar..huhu3.
bahan-bahan:
  • 1 kg daging dihiris nipis(elok daging batang pinang)
  • bawang besar 2 biji(potong bulat)
  • 2 biji lada besar(dihiris serong)
  • lada hitam(tumbuk bagi hancur)
  • 1 mangkuk kecil sos tiram
  • sedikit cuka
  • 1 sudu teh tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
  • garam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
Cara memasak:
  • Perap daging dengan serbuk kunyit, cuka dan garam selama 15minit. Bertujuan untuk empukkan daging tersebut.
  • Kemudian gorengkan daging tadi ke dalam minyak yang betul-betul panas sehingga hampir garing.
  • Tumiskan lada dan bawang besar di dalam kuali. Masukkan sos tiram dan air tepung jagung dalam tumisan tadi.
  • Kemudian masukkan daging yang telah siap digoreng beserta lada hitam dan tambah sedikit garam. Kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
  • Siap sedia untuk dijamukan.
selamat mencuba secret resepi ayu!
                                                
                                                                                               Photo Cube Generator


Rabu, 23 Mac 2011

Resepi Ayam Masak Merah

Ayam masak merah merupakan makanan kegemaran abg Alid. So, aku nak share untuk resepi ayam masak merah yang selalu aku masak. Resepi ini untuk masakan 6 org.
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (potong ikut suka)
  • serbuk kunyit
  • 2 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 batang serai
  • segenggam lada kering
  • lada hitam (ditumbuk halus)
  • kayu manis dan bunga cengkih (sikit jer untuk naikkan bau)
  • air asam jawa
  • sos tomato
  • garam
Cara memasak:
  • Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng ayam sehingga separuh masak dan warnanya menjadi kekuning-kuningan. Kemudian toskan ayam itu di dalam tapis.
  • Kisarkan lada kering,bawang merah, bawang putih dan serai.
  • Tumiskan bunga cengkih dan kayu manis sampai naik baunya. Kemudian masukkan bahan yang dikisar sebentar tadi. Kacau sehingga bahan yang dikisar menjadi masak dan sedikit garing.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masukkan ayam dan kacau sama rata.
  • Kemudian masukkan sos tomato, bawang besar dan lada hitam.
  • Setelah gaulkannya sehingga sebati, tutupkan sebentar dengan tutup periuk. Api diperlahankan sedikit untuk menjadikan daging ayam itu benar-benar menyerap rempah.
  • Setelah 5 minit tutup apinya dan angkat masakan tersebut ke dalam pinggan.
  • Hiaskan dengan bawang besar atau lada besar.
  • Siap untuk dihidang.

Photo Cube Generator

Khamis, 17 Mac 2011

Masa

          Tahun ini, aku rasa masa berlalu begitu pantas! Pantas dan terlalu pantas sehingga mampu meninggalkan aku jauh ketinggalan. Kadang-kala, aku terpisah dengan jarum detik masa yang sentiasa berputar! Aku sendiri naik hairan bila aku tengok jam saje, mesti anak jarum itu bergerak laju. Seolah-olah mahu lari dari aku! Pelik benar pada firasat aku. Adakah aku ni yang lembap pergerakan?tapi suatu yang mustahil. Oleh itu, aku mula memperbaiki diriku untuk sentiasa cepat dan tepat dalam menghadiri perjanjian dan tangkas dalam menyempurnakan tugasan.
                                                                      
Photo Cube Generator

Rabu, 2 Mac 2011

Adobe

air tgn aku sndri wat benda ni..ukiran nama aku!

aku bangga dgn kemampuan kekreatifan diri aku skg..

lukisan grafik yg indah bg aku..

lukisan yg begitu bermakna..

hanya aku yg mampu fahami

                                                         

Jumaat, 11 Februari 2011

40.6 darjah celcius

Perkara yang tidak diingini berlaku akhirnya wujud juga pada hari semalam. Aku akan ingat tarikh keramat ni 11/2/2011. Sebenarnya aku dah lame x demam so aku buat ar x kisah bila aku start pening2, batuk dan sakit tekak. Pada hari selasa lepas aku dah rasa lain mcm jer. Rasa seram sejuk jer badan ni. Tahan punya tahan akhirnya aku rebah pada hari semalam. Bersyukur sangat sebab ada teman yang setia menolong aku yang tengah dalam kesakitan. Norazuwa Rezwan jasamu akan ku kenang. Tanpa wa mesti aku dah pengsan di dalam perjalanan ke pusat kesihatan UPM. Sampai sahaja aku disana, suhu badan aku diambil. Terkejut nurse tu bila dia tengok suhu badan aku mencecah 40.6. Nurse tu kata kalo biarkan aku boleh kena sawan. Kemudian aku dimasukkan ke bilik kecemasan utk rawatan. Punggung aku di inject dan badan aku dimasukkan 2 botol air. Terima kasih kepada Dr dan semua nurse yang tolong rawat aku semalam. Dan yang bestnya aku dapat macam2 ubat..haha aku ni memang malas bab nak makan ubat.

Khamis, 3 Februari 2011

Janin

Janin?!cerita mmg best bila aku baca menerusi novelnye tapi bile tgk movienye aku tak rase best langsung. Jalan cerita tergantung. Tapi Janin dlm novel memang best, aku boleh hayati dengan smooth sekali. Setelah habis baca buku ni timbul perasaan kesian pada si Esah/Inayah yang dijadikan mangsa keadaan. Rohnya dibangkitkan utk menjadi hamba kpd manusia yang tamak kekayaan. Kejam!

Jumaat, 14 Januari 2011

remaja zaman sekarang

Zaman sekarang mcm2 leh berlaku tp sebenarnya apa yang berlaku pada zaman sekarang adalah reflek daripada zaman dahulu dimana sudah berlaku di zaman jahiliah. Dimana manusia bebas melakukan kesalahan dan perkara yang ditegah olah Allah. Contohnya seks rambang, gay, lesbian dan sebagainya. Bebas melakukan maksiat tak kira di tempat awam ataupun di tempat tersembunyi. Kalau dah berlaku mcm ni sape yang perlu dipersalahkan?Jangan dok asyik salahkan video atau pengaruh barat sahaja tp cuba salahkan diri sendiri yang cuba menjengah ke lembah hitam ni. Cakap kosong x de guna tp perlu ada fakta dan cth, maka kat sini sy sertakan cth video ni..reaksi dan gelagat remaja sekarang yang ghairah dihanyut nikmat dunia semata-mata tanpa menjaga aib dan maruah diri sendir.

Dalam sepuluh ckp satu nombor

Inilah lagu yang selalu aku pasang bila nak kejutkan kawan-kawan aku pada setiap pagi. Bila pasang jer granty semua bangun n terus tergelak-gelak sbb suke sgt ngan lagu ni. Tapi bukan kawan-kawan aku jer yang suke lagu ni adik, kakak n anak saudara aku pun suke..suke tol aku bila diaorg gelak..hahaha