Pengikut

Khamis, 28 Oktober 2010

Amanat Yang Diberi

Wujud Adam dari Tanah
Wujud Hawa dari Rusuk Kiri
Dicampak ke dunia
Angkara Si Syaitan
Musuh Durjana

Berkurun lama
Tidak berjumpa
Rasa rindu tidak terkira
Dengan Kuasa Ilahi
Bertemulah Adam dan Hawa

Adam dan Hawa
Membina Ikatan Kasih yang baru
Tapi Si Syaitan Masih berdendam
Menghuru-harakan
Si anak Adam dan Hawa

Namun kini
Si anak Adam dan Hawa
Sudah lalai dan leka
Sehingga Si Syaitan dijadikan kawan
Malah lagi hebat dari Si Syaitan

Si anak Adam dan Hawa
Sudah ingkari amanat Ilahi
Lalai kepada janji
Leka dengan duniawi
Lupa amanat yang diberi

Kini
Satu persatu
Diambil kembali
Sebagai amaran
Dari Ilahi

Ayuh Si anak Adam dan Hawa
Bangunlah Kau
Bangkitlah Kau
Menyahut Seruan Ilahi
Sebelum Terhenti Nafasmu
Yang Terakhir Kali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan