Pengikut

Jumaat, 11 Februari 2011

40.6 darjah celcius

Perkara yang tidak diingini berlaku akhirnya wujud juga pada hari semalam. Aku akan ingat tarikh keramat ni 11/2/2011. Sebenarnya aku dah lame x demam so aku buat ar x kisah bila aku start pening2, batuk dan sakit tekak. Pada hari selasa lepas aku dah rasa lain mcm jer. Rasa seram sejuk jer badan ni. Tahan punya tahan akhirnya aku rebah pada hari semalam. Bersyukur sangat sebab ada teman yang setia menolong aku yang tengah dalam kesakitan. Norazuwa Rezwan jasamu akan ku kenang. Tanpa wa mesti aku dah pengsan di dalam perjalanan ke pusat kesihatan UPM. Sampai sahaja aku disana, suhu badan aku diambil. Terkejut nurse tu bila dia tengok suhu badan aku mencecah 40.6. Nurse tu kata kalo biarkan aku boleh kena sawan. Kemudian aku dimasukkan ke bilik kecemasan utk rawatan. Punggung aku di inject dan badan aku dimasukkan 2 botol air. Terima kasih kepada Dr dan semua nurse yang tolong rawat aku semalam. Dan yang bestnya aku dapat macam2 ubat..haha aku ni memang malas bab nak makan ubat.

Khamis, 3 Februari 2011

Janin

Janin?!cerita mmg best bila aku baca menerusi novelnye tapi bile tgk movienye aku tak rase best langsung. Jalan cerita tergantung. Tapi Janin dlm novel memang best, aku boleh hayati dengan smooth sekali. Setelah habis baca buku ni timbul perasaan kesian pada si Esah/Inayah yang dijadikan mangsa keadaan. Rohnya dibangkitkan utk menjadi hamba kpd manusia yang tamak kekayaan. Kejam!

Jumaat, 14 Januari 2011

remaja zaman sekarang

Zaman sekarang mcm2 leh berlaku tp sebenarnya apa yang berlaku pada zaman sekarang adalah reflek daripada zaman dahulu dimana sudah berlaku di zaman jahiliah. Dimana manusia bebas melakukan kesalahan dan perkara yang ditegah olah Allah. Contohnya seks rambang, gay, lesbian dan sebagainya. Bebas melakukan maksiat tak kira di tempat awam ataupun di tempat tersembunyi. Kalau dah berlaku mcm ni sape yang perlu dipersalahkan?Jangan dok asyik salahkan video atau pengaruh barat sahaja tp cuba salahkan diri sendiri yang cuba menjengah ke lembah hitam ni. Cakap kosong x de guna tp perlu ada fakta dan cth, maka kat sini sy sertakan cth video ni..reaksi dan gelagat remaja sekarang yang ghairah dihanyut nikmat dunia semata-mata tanpa menjaga aib dan maruah diri sendir.

Dalam sepuluh ckp satu nombor

Inilah lagu yang selalu aku pasang bila nak kejutkan kawan-kawan aku pada setiap pagi. Bila pasang jer granty semua bangun n terus tergelak-gelak sbb suke sgt ngan lagu ni. Tapi bukan kawan-kawan aku jer yang suke lagu ni adik, kakak n anak saudara aku pun suke..suke tol aku bila diaorg gelak..hahaha

Jumaat, 26 November 2010

Yusuf

Hari selasa, tangal 23hb November 2010 jam 10.16 pagi..bayi seberat 3.2kg telah dilahirkan. Alhamdulilah, bertambah seorang lagi anak buah aku. Taniah pada abang Jamal n kak ani yang sekarang ni dah ada 2 orang cahaya mata. Sekarang ni Aina akan menjadi seorang kakak..
Ni ar gambo adik Aina..Muhammad Yusuf bin Jamaluddin:

Ahad, 14 November 2010

Internet

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET
KEBAIKAN
  • Mesej terlalu cepat.
  • Menyokong multimedia atau hypermedia.
  • Boleh berkomunikasi secara global.
  • Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
  • Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.
KEBURUKAN
  • Kurang kepastian maklumat tepat.
  • Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
  • Bahan perlu ditapis.
  • Interaksi subversif tidak terkawal.
  • Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
  • Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
  • Penggodaman mudah berlaku.
  • Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.
KEPENTINGAN INTERNET
  • Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
  • Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
  • Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
  • Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.
Kebaikan Internet
Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .
Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :
Pendidikan dalam Internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.
Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
Perubatan dalam Internet
Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.
Keburukan Internet
Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Fungsi sastera kanak-kanak dan remaja

          Sastera kanak-kanak dan sastera remaja merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana peranannya dalam memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut pembelajaran dan pengajaran. Sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang ditulis khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentuk penulisan kreatif dam imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburan dan dinilai oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
          Sastera remaja pula merupakan hasil ciptaan pengkarya untuk menceritakan tentang kehidupan remaja, alam zahir dan alam batin remaja itu. Melalui perasaan-perasaan dan fikiran-fikiran yang dilahirkan dengan bantuan bahasa menjadikan seni sastera remaja sebagai satu hasil kehidupan jiwa yang terjelma yang menggambarkan kehidupan masyarakat remaja. Menurut Othman Puteh(1988:21) mengatakan bahawa sastera remaja merupakan bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja yang berusia sekitar 12-20 tahun. Bahan ini dikatakan sebagai relevan kerana segala hasil karya tanpa mengira genrenya yang dapat memperkaya pengalaman dan pengetahuan khalayak pembacanya, merangsang minat dan berupaya menghidupkan daya imaginasi lalu mendorong daya berfikir secara kritis dan selektif.

Kedua-dua genre ini baik sastera kanak-kanak mahupun sastera remaja mempunyai peranan masing-masing. Namun kedua-dua genre ini mempunyai fungsi yang sama iaitu dijadikan sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera. Misalnya sastera kanak-kanak menggunakan konsep cerita binatang yang berperanan sebagai wadah bagi mendekatkan sastera kepada kanak-kanak. Watak haiwan digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak. Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak yang secara semulajadinya menyukai haiwan dalam dunia realiti. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika watak haiwan ini dipindahkan ke alam karya penulisan. Selain itu, sastera remaja pula menggunakan konsep realiti kehidupan dimana remaja didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang pelbagai aspek dalam kehidupan seperti dalam bidang politik, sejarah, agama, psikologi dan falsafah. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada golongan ini mengenal realiti sebenar kehidupan. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika kehidupan realiti ini dipindahkan ke alam karya penulisan. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja berfungsi sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera.
            Fungsi yang seterusnya ialah berperanan sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak dan remaja. Ia diransang sewaktu mereka mengikuti plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca. Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan. Manakala golongan remaja sering didedahkan dengan pertandingan nyanyian, penulisan kreatif dan pelbagai lagi. Hal ini menjelaskan bidang sastera telah berkembang luas sehingga mampu menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja menceburi bidang ini dengan lebih mendalam.
            Selain itu sastera kanak-kanak dan sastera remaja juga berfungsi sebagai medium hiburan untuk individu masyarakatnya. Masyarakat zaman dahulu atau golongan yang mengamalkan cara hidup tradisional tidak mempunyai media hiburan untuk individu masyarakatnya. Oleh itu, pelbagai cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan menarik perhatian khalayaknya. Lazimnya hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan gambar-gambar yang menarik. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat menikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur. Manakala karya sastera bagi golongan remaja biasanya diselitkan adegan romantis dan mesra antara satu individu dengan satu individu yang lain kerana pada peringkat ini mereka melalui alam berkasih-sayang. Faktor perubahan hormon ini menyebabkan mereka memerlukan perhatian dan kasih-sayang. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berkembang maju sebagai suatu medium hiburan yang bergerak seiring dengan permintaan khalayaknya.

            Fungsi seterusnya ialah sastera kanak-kanak dan sastera remaja memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi. Cerita lisan telah menjadi medium yang penting untuk memberi nasihat dan pengajaran yang baik dan dijadikan panduan kepada setiap individu masyarakatnya. Hal ini dapat dilihat dalam sastera kanak-kanak melalui cerita-cerita binatang yang menjadikan haiwan sebagai watak-watak yang memberikan pelbagai pengajaran yang baik seperti mengisahkan tentang akibat orang yang tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti cerita “Anjing dengan Bayang-bayang”. Walaupun penggunaan watak haiwan diaplikasikan, namun ia pada akhirnya membawa mereka kepada nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita tersebut di mana cerita jenis ini mempunyai ciri interaktif dan dapat memberi kesan pada jiwa kanak-kanak. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja memainkan peranan penting dalam mendidik, khususnya bagi golongan kanak-kanak dan remaja yang belum mengetahui sistem pengajian yang bercorak formal.

            Sastera kanak-kanak dan sastera remaja juga berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak pembaca. Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang dalam hasil sastera kanak-kanak dan sastera remaja ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba  dan berkasih sayang. Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman kanak-kanak lagi. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca oleh mereka. Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai dan budi pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".  Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan sastera remaja bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mampu berdiri sebagai alat yang dapat membantu khalayak pembacanya membina nilai-nilai murni.

            Akhir sekali sastera kanak-kanak dan remaja berfungsi sebagai keperluan materi. Keperluan materi ini menggambarkan keadaan kehidupan fizikal yang serba lengkap dan istimewa khususnya dari segi materi. Lazimnya, kanak-kanak akan terangsang dengan gambaran tempat kediaman istana atau rumah yang bangunannya besar dan indah dengan bilik-bilik yang dihiasi oleh pelbagai hiasan. Selain itu, putera-puterinya digambarkan kacak dan cantik rupawan dengan hiasan permata gemerlapan, pakaian cantik dan berwarna-warni serta majlis perkahwinannya dilangsungkan dengan meriah dalam suasana yang gilang-gemilang dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari segala pelosok negeri. Jamuan yang dihidangkan pula pelbagai aneka. Hal ini dapat dilihat dalam cerita Puteri Kayangan dan cerita Alladin dan Lampu Ajaib. Ia mencabar proses imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha memikirkan cara untuk memiliki kepunyaan sendiri. Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak dan remaja mampu berfungsi sebagai salah satu keperluan materi.

            Kesimpulannya sastera kanak-kanak dan remaja bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti. Pengarang yang menghasilkan karya sastera kanak-kanak dan sastera remaja mestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut. Hal ini disebabkan golongan ini adalah golongan yang mudah diberi pendedahan bak kata pepatah “kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan.”  Oleh itu, setiap hasil karya sastera kanak-kanak dan remaja itu perlu mempunyai unsur yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak dan remaja sebagai generasi yang mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak dan remaja yang hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut. Tahap kecerdasan pemikiran seseorang kanak-kanak dan remaja itu terkletak pada tahap keintelektualan pengarang itu sendiri.