Pengikut

Khamis, 24 Mac 2011

Daging goreng black paper

Nape ntah skg ni, aku asyik nak masak jer..ari ni aku ngidam nak makan daging goreng black paper pulak. Tapi tak sempat nak masak so story kat sini jer ar..huhu3.
bahan-bahan:
  • 1 kg daging dihiris nipis(elok daging batang pinang)
  • bawang besar 2 biji(potong bulat)
  • 2 biji lada besar(dihiris serong)
  • lada hitam(tumbuk bagi hancur)
  • 1 mangkuk kecil sos tiram
  • sedikit cuka
  • 1 sudu teh tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
  • garam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
Cara memasak:
  • Perap daging dengan serbuk kunyit, cuka dan garam selama 15minit. Bertujuan untuk empukkan daging tersebut.
  • Kemudian gorengkan daging tadi ke dalam minyak yang betul-betul panas sehingga hampir garing.
  • Tumiskan lada dan bawang besar di dalam kuali. Masukkan sos tiram dan air tepung jagung dalam tumisan tadi.
  • Kemudian masukkan daging yang telah siap digoreng beserta lada hitam dan tambah sedikit garam. Kacau sehingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
  • Siap sedia untuk dijamukan.
selamat mencuba secret resepi ayu!
                                                
                                                                                               Photo Cube Generator


Rabu, 23 Mac 2011

Resepi Ayam Masak Merah

Ayam masak merah merupakan makanan kegemaran abg Alid. So, aku nak share untuk resepi ayam masak merah yang selalu aku masak. Resepi ini untuk masakan 6 org.
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (potong ikut suka)
  • serbuk kunyit
  • 2 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 batang serai
  • segenggam lada kering
  • lada hitam (ditumbuk halus)
  • kayu manis dan bunga cengkih (sikit jer untuk naikkan bau)
  • air asam jawa
  • sos tomato
  • garam
Cara memasak:
  • Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng ayam sehingga separuh masak dan warnanya menjadi kekuning-kuningan. Kemudian toskan ayam itu di dalam tapis.
  • Kisarkan lada kering,bawang merah, bawang putih dan serai.
  • Tumiskan bunga cengkih dan kayu manis sampai naik baunya. Kemudian masukkan bahan yang dikisar sebentar tadi. Kacau sehingga bahan yang dikisar menjadi masak dan sedikit garing.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masukkan ayam dan kacau sama rata.
  • Kemudian masukkan sos tomato, bawang besar dan lada hitam.
  • Setelah gaulkannya sehingga sebati, tutupkan sebentar dengan tutup periuk. Api diperlahankan sedikit untuk menjadikan daging ayam itu benar-benar menyerap rempah.
  • Setelah 5 minit tutup apinya dan angkat masakan tersebut ke dalam pinggan.
  • Hiaskan dengan bawang besar atau lada besar.
  • Siap untuk dihidang.

Photo Cube Generator

Khamis, 17 Mac 2011

Masa

          Tahun ini, aku rasa masa berlalu begitu pantas! Pantas dan terlalu pantas sehingga mampu meninggalkan aku jauh ketinggalan. Kadang-kala, aku terpisah dengan jarum detik masa yang sentiasa berputar! Aku sendiri naik hairan bila aku tengok jam saje, mesti anak jarum itu bergerak laju. Seolah-olah mahu lari dari aku! Pelik benar pada firasat aku. Adakah aku ni yang lembap pergerakan?tapi suatu yang mustahil. Oleh itu, aku mula memperbaiki diriku untuk sentiasa cepat dan tepat dalam menghadiri perjanjian dan tangkas dalam menyempurnakan tugasan.
                                                                      
Photo Cube Generator

Rabu, 2 Mac 2011

Adobe

air tgn aku sndri wat benda ni..ukiran nama aku!

aku bangga dgn kemampuan kekreatifan diri aku skg..

lukisan grafik yg indah bg aku..

lukisan yg begitu bermakna..

hanya aku yg mampu fahami