Pengikut

Rabu, 3 November 2010

peribahasa pusaka indah

bagai burung dalam sangkar mata terlepas badan terkurung:
   -hidup yang tidak bebas kerana terkongkong oleh adat, peraturan dan kuasa
umpama membungkus api:
   -menyimpan rahsia yang lambat laun akan diketahui juga oleh orang lain
tutup lutut terbuka pusat, lepas kaki leher terjerat:
   -terlalu banyak membuat kesilapan, lepas yang satu tapi tertangkap yang lain
jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh:
   -jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang biar bodoh asal suka bertanya kelak pasti berjaya
duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang:
   -pendapat ramai lebih banik daripada pendapat individu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan