Pengikut

Ahad, 14 November 2010

Internet

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET
KEBAIKAN
  • Mesej terlalu cepat.
  • Menyokong multimedia atau hypermedia.
  • Boleh berkomunikasi secara global.
  • Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
  • Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.
KEBURUKAN
  • Kurang kepastian maklumat tepat.
  • Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
  • Bahan perlu ditapis.
  • Interaksi subversif tidak terkawal.
  • Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
  • Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
  • Penggodaman mudah berlaku.
  • Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.
KEPENTINGAN INTERNET
  • Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
  • Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
  • Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
  • Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
  • Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.
Kebaikan Internet
Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .
Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :
Pendidikan dalam Internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.
Perniagaan dalam Internet
Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.
Perubatan dalam Internet
Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.
Keburukan Internet
Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan